Toyota Copen GR Sport dapat sentuhan dari Gazoo Racing

2270

Selain Toyota GR Supra yang dijual di Malaysia, kini Gazoo Racing menggunakan model kei-car pula untuk memperluaskan rangkaiannya dengan pengenalan Toyota Copen GR Sport.

Kenderaan kompak sport itu dijangka akan berada di pengedar Toyota pada 9 dan 10 November ini, tetapi ia hanya untuk pasaran Jepun sahaja.



Jentera yang dilengkapi dengan bumbung boleh dibuka dengan bukaan elektrik itu dikuasakan oleh enjin 660cc turbocharged yang ditawarkan menerusi dua pilihan transmisi iaitu manual 5-kelajuan dan CVT.

Kuasa daripada enjin itu akan disalurkan ke roda pacuan hadapan dan pada masa sama dilengkapi dengan limited-slip differential (LSD).

Toyota turut memaklumkan bahawa convertible baharu itu mempunyai ciri istimewa menerusi talaan pada stereng kuasa elektrik, kadar spring suspensi yang dioptimumkan dan penyerap hentak.

Beberapa komponen premium GR turut ditawarkan membabitkan apron hadapan berharga YEN51,700 (RM1,994), blade pada bampar hadapan YEN44,000 (RM1,697). Bagi skirt sisi, spoiler but belakang dan beberapa aksesori di belakang harganya mencecah YEN135,300 (RM5,220).


Bahagian luarannya juga menerima perubahan yang direka semula menerusi bampar hadapan dan belakang, jeriji radiator, semua lampu menggunakan ciri LED serta padanan rim tempaan BBS.

Kokpitnya pula semuanya dipadankan warna hitam dengan papanan kerusi Recaro yang terukir logo GR dan stereng balutan kulit jenama Momo.

Berhubung harganya pula, Toyota Copen GR Sport varian transmisi manual dijual pada YEN2.44 juta (RM93,951) manakala YEN2.38 juta (RM91,829).

Apa pendapat anda? Patutkah UMW Toyota Motor bawa masuk model ini?

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here