Toyota Yaris baru dilancarkan secara rasmi, tawar versi Hybrid

3741

Toyota secara rasmi telah memperkenalkan Toyota Yaris baru. Dalam model terbaru itu, kereta hatchback ini kelihatan lebih agresif dan moden.

Pada pandangan hadapan, kereta yang lebih dikenali sebagai Toyota Vitz di Jepun ini dilengkapi dengan gril, hud, lampu LED, DRL LED dan bampar baru. Walau bagaimanapun, komponen ini masih agak serupa dengan generasi terdahulu.



Beralih kepada pandangan sisi, jentera ini mempunyai badan melengkung yang licin dan kelihatan dinamik. Cermin pandangan belakang diwarnakan dengan warna hitam, seperti juga bumbungnya. Rim juga kelihatan besar dengan tayar berprofil nipis.

Sementara itu, bahagian belakang menjadi lebih moden. Ianya hasil daripada penggunaan lampu LED berbentuk-J yang kelihatan seperti bersambung. Terdapat juga spoiler bumbung dan bumper belakang hitam yang menguatkan imej sportinya.

Ruangan dalam dan casis

Memasuki ruangan dalam, kabin Toyota Yaris yang baru kini kelihatan lebih mewah. Ia disertakan dengan pemasangan bumbung panoramik dan ambient light di beberapa lokasi, seperti konsol pusat, ruang kaki, dan pintu.

Sebagai kereta moden, Toyota Yaris serba baharu dilengkapi dengan paparan konsol tengah 10-inci. Skrin ini sudah tentu boleh disambungkan ke telefon pintar. Di tepinya, dipasang panel instrumen digital dan stereng dilengkapi dengan pelbagai butang.

Toyota Yaris baru juga dibina di platform TNGA (Toyota New Global Architecture) baru. Casis baru ini dikatakan lebih teguh, stabil, dan selesa.

Pusat graviti dibuat lebih rendah. Maksudnya, akan ada perubahan semasa memandu, dimana susana pemanduan akan menjadi lebih stabil apabila memandu pada kelajuan tinggi.

Ciri-ciri enjin

Toyota Yaris baru hadir dalam 3 pilihan enjin, iaitu 4 silinder 1,500 cc dan 3 silinder 1,000 cc. Di samping itu, terdapat juga versi hibrid.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1,500 cc yang berkuasa 113hp dan mendapat tambahan 78hp dari motor elektriknya.

Tidak lupa, pengilang Jepun itu juga menyediakan Toyota Safety Sense (TSS). Sistem ini menjadikan jentera ini sebagai kereta separa autonomi atau tanpa pemandu.

Kerana Toyota Yaris baru ini mempunyai adaptive cruisce control dan lane trace assist. Selain itu, kereta hatchback ini juga dilengkapi dengan pusat beg udara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here