Audi A8 L 60 TFSI e Quattro adalah kereta elektrik pertama Audi

2187

Audi A8 menawarkan powertrain elektrik, sebagai versi hibrid plug-in yang baru-baru ini telah diumumkan di Eropah dan ia merupakan kereta elektrik pertama Audi. 

Secara rasmi dipanggil Audi A8 L 60 TFSI e Quattro, kereta elektrik pertama Audi ini  dikuasakan oleh enjin V6 turbo 335hp dengan motor elektrik 134hp untuk jumlah output 443hp dan 700Nm tork disediakan dari hanya 1,250 rpm.

Enjin petrol, yang (juga boleh didapati dalam bentuk bukan hibrid di AFS 55 TFSI), menghasilkan tork 500Nm, sementara motor elektrik permanently excited synchronous motor (PSM) menyampaikan tork maksimum 350Nm. Enjin ini diintegrasikan bersama dengan klac dalam transmisi automatik Tiptronic lapan kelajuan, yang menghantar kuasa ke keempat roda melalui sistem AWD Quattro.



Bateri lithium-ion 14.1 kWh yang menguasakan motor elektrik, membolehkan jarak pemanduan sepanjang 46km dan kelajuan maksimum mencecah sehingga 135km/j. Walau bagaimanapun, apabila kedua-dua sumber kuasa ini bekerjasama dalam mod boost, A8 L 60 TFSI e quattro boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 250km/j dan kelajuan dari 0 hingga 100km/j dalam masa 4.9 saat.

Reka bentuk

Reka bentuk khusus seperti tanda cahaya yang diilhamkan dari Audi e-tron EV, trim chrome pada bumper depan, lapisan chrome pada pemegang pintu, dan diffuser yang disertakan chrome di bahagian belakang. Jentera ini juga hadir dengan roda aluminium eksklusif 19-inci dengan reka bentuk turbin.

Kereta elektrik pertama Audi ini sudah boleh ditempah di Jerman untuk harga asas iaitu €109,000 (RM505,797). Sementara penghantaran di Eropah akan bermula pada suku keempat 2019 dan Audi tidak menyatakan ketersediaan model ini di Amerika Syarikat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here