Kawasaki dedahkan Ninja ZX-25R dengan enjin 4-silinder

1538

Kawasaki telah mendedahkan Ninja ZX-25R di Tokyo Motor Show 2019. Walaupun spesifikasi dan angka-angka terperinci enjin masih dirahsiakan, enjin 4-silinder sebaris itu dikatakan akan menghasilkan kira-kira 60PS.

Ini adalah jauh lebih berkuasa dari apa yang enjin parallel-twin 2-silinder sekarang hasilkan, iaitu 39hp.



Ini suatu yang boleh dipercayai jika dilihat kehadiran traction control dan kebolehan rev tinggi enjin empat-silinder 249cc itu.

Dari segi penampilan, Ninja ZX-25R meminjam gaya Ninja 400 dengan lampu depan melintang berkembar.

Ia dibina dari rangka besi berketahanan tinggi, dan mempunyai beberapa perbezaan ketara dari Ninja 400.

Sebagai contoh, 25R ini mendapat fork depan songsang dengan fungsi asing, Kawasaki Traction Control (KTRC), mod kuasa dan Kawasaki Quick Shifter (KQS).

Brek depannya menggunakan angkup monoblok, dan suspensi belakang adalah dari setup monoshock dengan back-link melintang.

Dari apa yang kita ketahui ini, nampaknya Ninja ZX-25R akan dijual pada harga agak premium nanti sekiranya ia dibawa masuk ke Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here