Valentino Rossi cuba dapatkan kuasa tambahan jentera Yamaha

1465

Valentino Rossi cuba dapatkan kuasa tambahan dan mengalu-alukan pengubahsuaian terkini terhadap prototaip MotoGp Yamaha, jentera yang dihantar untuk The Doctor dan rakan sepasukan, Maverick Vinales bagi percubaan di Valencia, sambil memberi amaran mereka tidak berada jauh.

Valentino Rossi cuba dapatkan kuasa tambahan pada motosikal baharu itu, dimana jentera itu memaparkan chasis yang disemak semula dan lebih penting evolusi enjin ketiga Yamaha 2020 selepas versi sebelumnya dicuba oleh pasukan pada perlumbaan di Brno dan sesi ujian di Misano.



“Enjin baharu lebih lancar berbanding tahun lalu, dan kami juga dapat meningkatkan kelajuan pada tahap tertentu,” kata pengarah pasukan Yamaha, Massimo Meregalli.

Perkataan ‘tahap tertentu’ mengesahkan enjin baharu masih ketinggalan di belakang jentera seperti Ducati dan Honda dengan Rossi berharap jurutera Yamaha dapat memerah lebih banyak kuasa untuk percubaan tahun depan di Sepang.

“Kami cuba untuk menjadi laju pada jalan lurus dan motosikal lebih laju tetapi perjalanannya masih jauh,” kata Rossi, yang menunggang 68 pusingan dan salah seorang pelumba yang terakhir menamatkan percubaan.

“Pada saya, kami bergerak kepada keadaan lebih baik, tetapi jurang (kelajuan) masih besar.

“Ini adalah (versi) ketiga dan enjin sudah bertambah baik tetapi kami berharap Yamaha tidak berputus asa kerana kami mempunyai peringkat seterusnya sebelum Malaysia.

“Kini MotoGP adalah pakej besar tetapi enjin memerlukan lebih banyak perubahan.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here