Sut perlumbaan McLaren-Sparco hanya 590 gram

1486

Jika anda seorang pelumba yang tegar, maka anda tahu betapa pentingnya sut perlumbaan yang baik. Bukan sahaja ia perlu melindungi anda, tetapi ia juga perlu selesa. McLaren dan Sparco telah bekerjasama dan membangunkan satu sut perlumbaan baru iaitu McLaren SP16 +.

Sut ini sekurang-kurangnya 10 peratus lebih ringan daripada mana-mana sut lain yang terdapat di pasaran. Pemandu pasukan McLaren F1 Racing telah memakai sut ini sejak tahun 2016, dan ianya berharaga US$3,009 yaitu RM12,559 bagi setiap unit. Penjual juga membolehkan anda mereka dan mengikut kemahuan anda sendiri.



Setiap penghasilannya dilakukan di Itali, dan mengambil 12 jam untuk disiapkan. Sut itu, seperti kereta McLaren, akan dibuat apabila ditempah, dimana terdapat banyak pilihan warna yang boleh dipesan. McLaren boleh menambah ciri-ciri seperti poket sampingan, tali pinggang, dan poket untuk telefon. McLaren juga akan memadankan sut pilihan anda dengan pasukan-pasukan perlumbaan pilihan anda atau apa sahaja rekaan lain yang anda kehendaki.

Setiap ciri-ciri terperinci mengenai sut itu diteliti untuk melihat di mana berat sut itu boleh dikurangkan. Sut SP16 + mempunyai poket zip yang nipis, leher dan pad bahu yang diteliti, jahitan yang nipis, dan pergelangan tangan dan buku lali dari Nomex. Sut ini juga menggunakan binaan dua lapisan unik bahan tahan api, yang juga membantu mengurangkan beratnya.

Pengurangan 10 peratus berat sut mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi ia sering panas dan tidak selesa di dalam perlumbaan kereta, dan pengurangan berat sut itu menjadikannya lebih selesa untuk dipakai untuk tempoh masa yang lebih lama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here