Renault Megane RS Trophy-R pecah rekod FWD di Suzuka

1465

Grand Prix Jepun di Suzuka dua bulan lepas masih diingati namun memori itu kini didominasi oleh Renault yang memecahkan rekod catatan masa di litar itu.

Megane RS Trophy-R kini menjadi kenderaan pacuan roda-depan (FWD) terpantas di litar itu dengan pemandu GT Perancis, Laurent Hurgon di belakang stereng.



Kereta itu mencatatkan masa 2 minit 25.454 saat, iaitu tiga saat lebih pantas dari rekod FWD sebelum ini. Rasanya kereta apa, ya?

Rekod ini juga menambah kepada rekod-rekod di litar Nurburgring dan Spa-Francorchamps yang telah “dikumpul” oleh Megane RS Trophy-R.

Jepun merupakan antara pasaran terbesar Renault RS, lebih besar dari Jerman dan Perancis, dan ia pasaran ketiga terbesar untuk Megane RS. Syarikat itu menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 peminat Renault Sport di Jepun.

Lebih dari 50 unit kereta itu juga telah dikhaskan untuk pelanggan Jepun setakat ini. Malah, sebelum Megane RS Trophy-R dijual di Jepun pun, Renault telah membawa kereta itu ke Suzuka untuk membuat ujian agar ia benar-benar sempurna untuk pasaran Jepun.

“Megane RS Trophy-R telah mencatatkan rekod baharu dalam kategorinya, kali ini di Suzuka, litar terulung di Jepun,” kata Patrice Ratti, pengurus besar Renault Sport Cars.

“Prestasi ini sangatlah bermakna untuk 10,000 komuniti besar tempatan untuk Renault Sport dan Trophy-R,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here