Seorang lelaki bina sendiri Lamborghini Countach selama 17 tahun!

3537

Perlu atau tidak, pasti ada suatu saat dalam hidup kita yang menginginkan kereta mewah atau supercar seperti Lamborghini Countach. Ya lah, ia nampak garang, mampu memberi pemanduan mengujakan, mempunyai teknologi terkini dan mampu menarik perhatian pengguna jalan raya lain.

Tetapi perlukah kita berbelanja ratusan ribu ringgit (malah jutaan ringgit) untuk memilik kereta idaman? Ada yang berkata, “tak mampu beli, buat sendiri”.



Ken Imhoff sememangnya mengambil jalan ini. Dia membina sendiri supercar idamannya iaitu Lamborghini Countach tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak wang. Pasti pembinaan begini juga perlukan wang, tetapi tidaklah semahal kereta sebenar.

Kisah sebgini bukanlah baharu, namun jalan cerita Ken mempunyai keunikannya sendiri. Dia mula jatuh cinta pandang pertama pada sebuah model Lamborghini Countach yang dilihatnya dalam sebuah filem pada 17 tahun yang lalu. Lebih tepat lagi, filem Cannonball Run. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan ringkas, Ken mula menghasilkan kereta idamannya.

Ken begitu mencintai kereta keluaran Lamborghini. Seperti mana-mana pencinta kereta yang lain, impiannya adalah untuk memiliki sebuah kereta dari Itali itu telah mendorongnya untuk bekerja lebih keras untuk menghasilkan keretanya sendiri.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan, namun Ken berusaha keras untuk menjayakan projeknya. Ken merancang semuanya dengan lengkap, daripada jenis kayu yang akan digunakan sehinggalah proses pembinaan. Jumlah masa dan tenaga yang disumbangkan untuk menghasilkan kereta ini tidak tergambar dengan perkataan.

Ken memastikan semua bahagian yang menggambarkan kereta Lambo yang asli dihasilkan dengan sempurna, mungkin kerana itulah projek ini memakan masa selama 17 tahun untuk disiapkan.

Setelah hampir dua dekad menghasilkan kereta idamannya, kini Ken sudah boleh menikmati hasil usahanya dengan memandu kereta idamannya di jalanan. Jika nampak kereta ini di jalanraya sekilas pandang, pasti anda menyangka ia Lamborghini Countach sebenar!

Anda ada kisah sebegini di Malaysia? Atau mungkin anda sendiri boleh mula bina Ferrari Enzo atau Lamborghini Aventador idaman anda!

Tonton video penuh proses Ken menghasilkan kereta idamannya ini:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here