Pameran Bergerak Explore & Experience Ford Ranger

1810

Sime Darby Auto connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia akan menganjurkan “Pameran Bergerak Explore & Experience Ford Ranger” pada Februari hingga Mac.

Ia akan berlangsung di bilik-bilik pameran terpilih pada hujung minggu. Para pengunjung berpeluang menerokai dan mengalami sendiri teknologi pintar dan selamat yang meletakkan Ranger sebagai Pickup Truck of the Year untuk 2018.



Pameran bergerak ini juga turut disertakan dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti permainan plinko, itik getah dan sudut mewarna untuk hiburan kanak kanak.

Jangan lupa juga untuk sertai pandu uji dan memasuki terowong angin untuk memenangi barangan menarik dan eksklusif dari Ford.

Pengunjung yang menyertai pandu uji di sana akan turut berpeluang memasuki terowong angin untuk memenangi barangan menarik dan eksklusif dari Ford.

Tarikh dan lokasi Pameran Bergerak Ford Ranger Explore & Experience adalah seperti berikut:

16-17 Februari 2019: Bilik Pameran SDAC PJ1, Lot 5, Jalan 205, 46050 Petaling Jaya

22-23 Februari 2019: Tesco Kota Bharu

9-10 Mac 2019: Bilik Pameran Auto Lumina, Lot 51699, Jalan Persisiran Perling 2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru

22-23 Mac 2019: Bilik Pameran SDAC Juru, 1679-G2, Highway Auto City, Lebuhraya Utara-Selatan Juru Interchange, 13600 Prai, Penang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here