Isuzu D-MAX baharu tidak akan masuk Malaysia tahun ini!

4178

Buat anda yang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu, di sini kami sahkan bahawa Isuzu D-MAX serba baharu yang dilancarkan di Filipina dan Thailand tahun lepas tidak akan masuk Malaysia tahun ini.

Ya, ini kenyataan rasmi dari Isuzu Malaysia sendiri dari majlis makan malam Tahun Baru Cina bersama media malam tadi.



Berita ini sebenarnya sangat logik dan masuk akal kerana kita baru sahaja menyaksikan pelancaran D-MAX dengan enjin serba baharu 1.9-liter Ddi Blue Power turbo beberapa bulan lepas.

Thailand dapat menerima kedatangan Isuzu D-MAX generasi baharu itu kerana mereka juga telah menggunakan enjin 1.9 Ddi Blue Power lebih dari 4 tahun.

Ketahui kenapa Thailand telah lebih awal mendapat enjin turbo efisyen ini lebih awal dari kita di artikel di sini. Kami juga menerangkan beberapa pembaharuan yang dilakukan pada enjin itu dan bagaimana Isuzu dapat menjadikan enjin itu 56kg lebih ringan.

Kami telah memandu uji D-MAX dengan enjin baharu itu di Phuket, Thailand dan memandu uji lagi sekali untuk tempoh lebih lama di Malaysia.

Untuk Isuzu D-MAX generasi baharu, kami rasakan mungkin 2022 baru kita dapat melihat kehadirannya di sini. Paling awal pun mungkin separuh kedua tahun 2021.

Jadi, adakah ini berita baik atau berita buruk? Bagi kami, pengguna D-MAX tidak mengutamakan rupa sangat. Tetapi, kecekapan bahan api dan ketahanan jangka masa panjang lebih penting bagi mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here