“Ceria depan isteri dan anak anak macam takde apa yang berlaku”- Jihad suami setiap hari di jalanan

556

Kelemahan terbesar suami adalah, mereka bukan jenis ingin bercerita tentang apa yang berlaku di luar. Walaupun leher mereka pagi tadi sudah berada beberapa inci dari tayar kereta.

Hampir setiap hari, mungkin terdapat para suami yang “kecundang” dalam jihad mereka dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Tapi disebabkan sifat asalnya yang tidak suka bercerita, jadi mereka akan pulang ke rumah dalam keadaan ceria seolah-olah tiada apa yang berlaku dan apa yang mereka usahakan di luar nampak mudah.

Apabila pulang ke rumah, mereka hanya akan melayan rintihan isteri yang letih menyapu sampah, letih melipat kain, letih membasuh baju menggunakan mesin, dan bermacam-macam lagi yang tidak mengancam nyawa. Itulah hebatnya perjuangan seorang suami.

suami

Hashtag: Semalam hampir kemalangan apabila kereta lain cuai tetiba menghimpit kita ke pembahagi jalan. Mengucap panjang (juga tidak diceritakan kepada isteri).

Kredit : Mohd Arizan

Komen anda mungkin membantu