MotoGP 2020: Tiada gaji untuk pelumba jika tidak berlumba

2106

Pembatalan kejohanan MotoGP bukan sahaja masalah dari perspektif sukan, tetapi juga kewangan. Fausto Grasini menjelaskan bahawa pasukan adalah satu syarikat dan tidak berlumba untuk mereka bermakna tidak bekerja, dengan kesan terhadap semua pekerja mereka.

tidak berlumba

Bekas Pengurus Ducati dan HRC MotoGP, Livio Suppo, juga bercakap tentang masalah dan mengenai keadaan semasa pertandingan MotoGP.



“Kontrak untuk penaja dan pelumba mengandungi pelbagai klausa sekiranya berlaku kecemasan, atau alasan force majeure,” jelasnya. “Sekiranya sesuatu kejohanan itu dibatalkan, penaja tidak perlu membayar dan ini bermakna jika tidak berlumba, pelumba tidak akan menerima gaji mereka.”

Sudah tentu, keputusan sangat sukar untuk dibuat, kerana setiap kes berbeza dan setiap pelumba mempunyai klausa yang berbeza.

Bekas Pengurus Ducati dan HRC MotoGP, Livio Suppo

“Ia bergantung kepada tawaran dari mana-mana pihak semasa perjanjian,” tegas Livio. “Sebagai contoh, terdapat denda yang dikenakan untuk tingkah laku tertentu. Satu-satunya kes denda yang terjadi adalah kepada Jack Miller, yang selalu menimbulkan masalah kerana dia telibat dalam masalah alkohol.

“Saya seperti seorang bapa kepada beliau, mengingatkan dia tentang kesan daripada tingkah laku ini, dan ia berkesan. Contoh lain adalah Casey Stoner yang telah dibayar gajinya pada tahun 2009, walaupun dia tidak menyertai 3 perlumbaan. “

Nampaknya semua pihak masing-masing tidak gembira apabila berlaku situasi kecemasan yang tidak dapat dielak seperti bencana dan wabak. Penaja mahu melindungi perniagaan, manakala pelumba pula mahu dibayar setimpal dengan kemahiran, risiko dan reputasi yang ada.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here