Ducati Streetfighter V4 buat pelancaran global melalui livestream, lebih garang dan canggih

119

Ducati Streetfighter V4 telah dilancarkan semalam dengan livestream global berikutan penyebaran wabak Covid-19 yang melanda dunia buat masa ini.

Superbike super-naked terbaharu dari pengeluar Itali itu menggunakan motto “The Fight Formula”, menampilkan enjin 1,100cc Desmosedici Stradale berkuasa dan pengendalian mantap dengan teknologi terkini.

Enjin V4 4-silinder itu menjana 208hp dan menggunakan pemetaan (mapping) enjin yang memberikan kawalan kuasa menyakinkan untuk penunggangnya.

Dari segi rupa, Streetfighter V4 ini mempunyai ciri unik hendal tinggi dan lebar, serta sayap biplane di depan. Lampu depan LED yang minimalis dan DRL berbentuk V pula mempunyai iras Panigale V4 dan SuperSport.

Struktur bingkai dan badan jentera ini juga kini lebih kemas dan tirus. Garisan tajam dan bahagian depan yang rendah memberikan bentuk garang seperti pemangsa yang ingin menerkam.

Dengan berat hanya 178kg, Ducati Streetfighter ini mempunyai nisbah kuasa/berat sebanyak 1.17. Prestasi boleh ditingkatkan lagi dengan memasang ekzos Ducati Performance dari Akrapovic, yang boleh meningkatkan kuasa hingga 220hp dan mengurangkan berat sebanyak 6kg.

Dari segi aerodinamik, sayap biplane yang direka oleh pakar dari Ducati Corse itu mampu memberi downforce sehingga 28kg pada 270km/j, memastikan tayar depan kekal ‘terduduk’ atas permukaan jalan di kelajuan tinggi.

Ia turut menambahkan kestabilan apabila membrek. Dan bila di litar, sayap ini juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada bantuan elektronik serta membolehkan brek yang lebih lewat.

Streetfighter ini juga dilengkapi dengan pakej elektronik 6-axis Intertial Measurement Unit (6D IMU). Versi Streetfighter V4S pula akan menambah rim Marchesini, suspensi Ohlins, dan steering damper.

Ducati Streetfighter V4 dan V4S bakal tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here