Covid-19: Jepun mungkin diisytiharkan darurat

1159

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkemungkinan akan mengisytiharkan perintah darurat, esok dalam usaha menghentikan penularan Covid-19 di seluruh negara itu. 

Ianya akan dilakukan selepas jumlah jangkitan wabak itu melebihi 1,000 kes di Tokyo, lapor akhbar Yomiuri.



Abe juga dijangka akan mengumumkan pelan darurat itu hari ini, sementara agensi akhbar Kyodo melaporkan langkah baru bagi mencegah Covid-19 itu akan dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun, mulai Rabu ini.

Ketika ini kerajaan Jepun berdepan tekanan bagi memperlahankan impak penularan wabak berkenaan walaupun angka jangkitannya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah kes di kebanyakan negara di Eropah seperti Amerika Syarikat (AS) dan China dengan beribu-ribu penduduk sudah menjadi korban Covid-19.

Jurucakap kanan kerajaan, Yoshihide Suga, hari ini berkata, keputusan masih belum dibuat sama ada akan melaksanakan perintah darurat di negara itu.

Jepun darurat
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe

Bagaimanapun, menurut akhbar Yomiuri, kerajaan Jepun dijangka akan melaksanakan perintah berkurung di Tokyo dan berkemungkinan akan turut memperluaskannya di beberapa bandar lain termasuk Osaka dan Hyogo.

Setakat ini, lebih 3,500 penduduk di Jepun disahkan positif wabak Covid-19 dengan 85 kes kematian dicatatkan, mengikut laporan stesen penyiar awamnya, NHK.

Sementara itu, Pengarah Institut Kesihatan Awam di King’s College, London berkata, keputusan Abe bagi pelaksanaan darurat disifatkan sebagai sudah terlambat memandangkan angka jangkitan di bandaraya Tokyo terus meningkat.

“Ia sepatutnya diumumkan selewat-lewatnya 1 April lalu,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here