Bukan satu, tapi dua anugerah Car of the Year untuk Porsche Taycan

1245

Untuk anugerah World Car of the Year Awards 2020 (WCOTY), Porsche Taycan telah membawa pulang bukan satu, tapi dua anugerah; World Luxury Car dan World Performace Car of the Year.

Dalam kategori World Performance Award, Taycan mengalahkan pesaing-pesaing lain dari Porsche sendiri iaitu 911 dan 718 Spyder/Cayman GT4.



Anugerah ini diadili oleh 86 wartawan permotoran antarabangsa yang telah mengundi dan menilai lebih 50 kereta baharu. Pemenang-pemenang telah diumumkan melalui persidangan online oleh organisasi WCOTY.

Michael Steiner, Ahli Lembaga Pengarah, Kajian dan Pembangunan berkata semasa menerima anugerah itu: “Kemenangan berganda untuk anugerah World Performance Car dan World Luxury Car menunjukkan apa yang kami mahu capai semasa membangunkan Taycan.

“Kami mahu menghasilkan kereta sports elektrik yang memfokus kepada pemandu yang boleh merangkul anugerah Performance Car.

“Pada masa yang sama, kami memfokus kepada kemudahan penggunaan seharian, kontemporari, kemewahan digital dan keselesaan untuk empat penumpang. Kami berbesar hari dengan juri WCOTY yang memberi ganjaran anugerah ini.”

Anugerah dari WCOTY ini menambah kepada senarai beberapa anugerah lain yang dimenangi Taycan sebelum ini. Antaranya adalah Car of the Year (Top Gear UK), Game Changer of the Year (Top Gear UK), China Green Car of the Year (juri CCOTY), German Car of the Year (juri GCOTY), dan anugerah inovasi dari majalah Connect (Jerman).

Porsche Taycan dikuasai dua motor elektrik (satu di gandar depan, satu di gandar belakang). Taycan Turbo menghasilkan 671hp (500kW) dan Turbo S menjana 751hp (560kW).

Kuasa ini disalurkan ke permukaan jalan melalui transmisi unik 2-kelajuan. Kelajuan pertama dikhaskan untuk pecutan manakala kelajuan kedua untuk penjimatan tenaga dan meluncur di kelajuan tinggi.

Taycan Turbo S mampu memecut dari pegun ke 100km/j dalam 2.8 saat, manakala Taycan Turbo dalam 3.2 saat. Turbo S mempunyai jarak pemanduan sehingga 412km, dan Turbo sehingga 450km. Kelajuan maksima kedua-dua model ialah 260km/j.

Pemandu Taycan boleh memilih empat mod pemanduan iaitu Range, Normal, Sport dan Sport Plus. Mod Range memfokus kepada kecekapan dimana bila dipilih, ia mengehadkan kelajuan antara 90 hingga 140km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here