Pusat servis Volkswagen seluruh negara tawar pemeriksaan 5 bintang percuma

1552

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang membolehkan seluruh rakyat Malaysia kembali menggunakan jalan raya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia kini menyediakan pelanggan mereka dengan servis pemeriksaan 5 bintang secara percuma di semua pusat servisnya di seluruh negara.

Sebahagian dari inisiatif Volkswagen Care, servis ini adalah pemeriksaan visual secara menyeluruh yang akan dilakukan oleh penasihat perkhidmatan bersama dengan pelanggan mereka. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti masalah yang berlaku pada kenderaan pelanggan. 



Perkara yang akan diperiksa ialah keadaan badan dan cat kenderaan, pencahayaan, brek, cermin depan dan tingkap, roda dan tayar. Para pelanggan akan mendapat keuntungan dari servis ini kerana ianya telus, cepat, percuma dan membolehkan mereka membuat keputusan tepat mengenai langkah penyelenggaraan seterusnya yang patut dilakukan.

servis pemeriksaan 5 bintang Volkswagen

Mulai hari ini hingga 31 Disember 2020, pemilik kenderaan Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk mendapatkan servis pemeriksaan 5 bintang dan memerlukan penggantian alat ganti dapat menikmati penjimatan tambahan pada komponen yang terpilih. Penjimatan pada komponen terpilih adalah seperti berikut:

Komponen Penjimatan
Bateri  Diskaun RM20 setiap set
Tayar  Diskaun sehingga 20%
Pad brek Diskaun RM50 setiap set
Cakera brek Diskaun RM50 setiap cakera
Bahan tambahan bahan bakar Diskaun RM40 sebotol
Cecair pembersih cermin depan Diskaun RM5 sebotol
Cermin depan Diskaun 5% seunit
Bilah pengelap Diskaun RM20 setiap set

Catatan: Termasuk terma dan syarat

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here