Hypercar elektrik terbaharu dari AS dengan 1,930hp! – Elation Freedom

1261

Elation Freedom ialah model sulung pengeluar itu, dan akan terus memasuki liga hypercar elektrik, bersaing dengan nama-nama seperti Aspark Owl (1,985hp) dan Pininfarina Battista (1,900hp).

Freedom dikuasai oleh ‘sistem pacuan elektrik berprestasi tinggi’ dengan tiga motor yang dibangunkan bersama Cascadia Motion.



Ini menjana 1,427hp dalam mod standard, tetapi motor keempat boleh ditambah untuk menjadi setinggi 1,903hp dan 1,441Nm tork.

Elation mendakwa Freedom mampu mencapai kelajuan maksima 419km/j dengan pecutan 0-100km/j dalam 1.8 saat. Ini akan menjadikannya kereta produksi dengan pecutan terpantas di dunia.

Kuasa dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik dua-kelajuan.

Selain itu, Freedom juga didakwa mampu dipandu sejauh 480 hingga 644km dengan pek bateri 100kWh atau 120kWh. Dua jenis pengecasan boleh dipilih, dimana sistem yang lebih berkuasa mampu mengecas dari kosong kepada penuh dalam masa 20 minit sahaja.

Freedom dikatakan sebagai kereta elektrik mewah pertama yang ‘dibuat menggunakan tangan di Amerika’. Prototaipnya didedahkan tahun lepas, dan lima unit pertama dijangka akan diserahkan kepada pelanggan pada 2022.

Elation masih berahsia mengenai harganya, tetapi jika dikira dari harga pesaing-pesaingnya, boleh dikatakan Freedom ini berharga £1 juta (RM5.57).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here