BMW 740Le ini jentera premium CKD terkini, PHEV xDrive M Sport, RM592k

1625

Setelah lebih setahun di pasaran Malaysia, BMW 7-Series diperkenalkan dalam versi CKD (pemasangan tempatan) dan hadir dalam varian baharu xDrive M Sport.

BMW 740Le xDrive M Sport baharu tampil dengan rupa berbeza dengan kemasukan udara lebih besar, gril kidney ikonik yang besar, dan diapit dengan lampu BMW Laser Light.



Pakej M Sport Aerodinamik memberikan kemasan Shadow Line dan rupa sporti yang merangkumi set roda aloi ringan M 19-inci, tayar run-flat, dan brek M Sport. Terdapat juga bumbung panoramik kaca Sky Lounge.

Di bawah hud besar depan pemandu ialah satu nadi 3.0-liter enam-silinder petrol yang menjana 286hp dan 450Nm tork. Ia digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 113hp dan 265Nm, memberikan output keseluruhan 394hp dan 600Nm tork.

Transmisi ialah automatik Steptronic 8-kelajuan, yang menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Kabin BMW 740Le didatangkan dengan trim Fineline dengan efek logam berkilat, bumbung Alcantara Anthracite, tempat duduk Comfort dan roda stereng M Sport.

Pencahayaan ambien dan penyaman udara automatik dengan 4 zon kawalan memperkayakan lagi aspek keselesaan BMW 740Le xDrive M Sport ini, berserta dengan tirai gulung bagi tingkap sisi di belakang, fungsi penutup pintu ‘soft-close’, dan sistem Comfort Access untuk operasi pintu but yang memudahkan.

Fungsi navigasi dan infotainmen hadir dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional dengan Paparan Instrumen digital bersaiz 12.3 inci, berserta BMW Navigation System Professional dengan Paparan Kawalan 10.25 inci.

Ciri bantuan digital pula ditawarkan melalui Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus dan Connected Package Professional.

Antara tarikan lain yang melengkapi sedan mewah baharu ini meliputi kemudahan pengecasan tanpa wayar untuk telefon bimbit, BMW Display Key, dan sistem bunyi keliling dengan 16 pembesar suara oleh Harman Kardon.

BMW 740Le xDrive M Sport baharu didatangkan dengan empat warna klasik – Mineral White, Carbon Black Metallic, Donington Grey, dan Bernina Grey dengan efek Amber.

Tawaran warna eksterior ini boleh dipadankan dengan upholsteri Leather Nappa yang eksklusif dengan sulaman bertema Black atau Cognac.

Ia dijual pada harga RM591,503.05 dan mendapat jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan, servis berjadual percuma dan perkhidmatan sokongan seperti bantuan tepi jalan dan kemalangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here