Tiga anggota polis cedera, MPV Honda Civic dirempuh trak pikap

3057

Tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara cedera selepas kereta peronda (MPV) Honda Civic dinaiki mereka dilanggar sebuah trak pikap, di Jalan Jati Kanan, Kapar, semalam.

gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, dalam kejadian pada jam 12:15 tengah hari, tiga anggota masing-masing berpangkat sarjan, koperal dan konstabel sedang menjalankan tugas pemantauan Ops Covid-19 di Sungai Kapar Indah, Meru dan Kapar.

“Hasil siasatan awal mendapati, kereta peronda dipandu anggota berpangkat sarjan dari arah Perepat menuju ke Jalan Kapar.



“Apabila tiba di simpang empat Jalan Jati Kanan dengan Jalan Perepat, trak pikap dari simpang arah kanan jalan tiba-tiba melanggar bahagian tepi pemandu,” katanya.

kereta peronda polis

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, sarjan dan konstabel cedera ringan manakala koperal dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pemandu trak pikap iaitu lelaki berusia 59 tahun cedera di kepala dan kini dirawat di hospital swasta.

“Hasil pemeriksaan, pemandu pikap mungkin tidak perasan semasa mahu keluar dari simpang berkenaan. Lelaki berkenaan difahamkan akan tampil membuat laporan esok kerana masih dirawat,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here