Diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus mulai 18 Jun 2021

2770

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus. Tempoh diskaun ini akan berlangsung selama sebulan mulai esok, 18 Jun hingga 18 Julai 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata orang awam boleh membuat bayaran saman itu menerusi portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman.



gambar hiasan

Walaubagaimanapun, tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

“Tawaran diskaun itu sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai ketika situasi wabak Covid 19,” kata Azisman dalam satu kenyataan hari ini.

“Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid 19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.”

Azisman berkata aplikasi MyBayar Saman yang diperkenal PDRM juga dipertingkat bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Menurutnya, pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei Gallery.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here