Banjir kilat di Shah Alam, pemilik pasrah lihat kereta ditenggelami air naik mendadak

2798

Hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dilanda banjir kilat dan menenggelamkan beberapa buah kenderaan.

Sumber Gambar: Malaysiagazette

Bencana alam tersebut menyebabkan ramai pemilik kenderaan berputih mata apabila tidak sempat memindahkan kenderaan ke tempat selamat, malah ada yang pasrah melihat kereta di tenggelami air yang naik secara mendadak.

“Sejak 2019 tinggal di sini, kawasan ini mudah berlaku banjir tetapi tidak seteruk semalam hingga kereta pun tenggelam.



“Kereta saya diletakkan dalam kawasan pangsapuri pun tenggelam, air masuk ke bonet, mereka yang letak kenderaan di luar lebih teruk lagi,” kata salah seorang pemilik kenderaan.

Gambar sumber: malaysiagazette

Terdapat juga beberapa buah kenderaan lain seperti motosikal dan bas yang terkandas apabila gagal meredah banjir, namun pemandu sempat menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, sejurus keadaan banjir mulai surut ada yang segera mendapatkan khidmat trak tunda untuk menghantar kereta ke bengkel bimbang kerosakan lebih teruk.

Sementara itu, penduduk sekitar Shah Alam turut berkongsi keadaan banjir kilat yang melanda dengan memuat naik gambar di media sosial.

 

Pada masa sama, orang ramai berharap pihak berkuasa mengambil tindakan penyelesaian jangka panjang yang dapat menangani masalah banjir di kawasan itu.

BACA>>7 komponen kereta yang perlu diperiksa selepas mengharungi banjir

BACA>>Banjir besar di Jerman, wakil jualan Audi ini tanggung kerugian puluhan kereta rosak dan tenggelam

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here