Y suku Indonesia terima warna seragam ulang tahun ke-60 GP Yamaha, harga RM7k

3177

Yamaha Indonesia memperkenalkan edisi khas MX King 150 (di Malaysia dikenali Y15ZR) dengan warna seragam Yamaha World Grand Prix 60th Anniversary pada harga rupiah Rp24.975 juta (RM7,330).

Pengeluaran warna khas itu sempena pembabitan pengeluar itu dalam Kejuaraan Dunia MotoGP yang ke-60.



Warna seragam itu berkonsepkan Racing Blood of Yamaha hasil inspirasi rekaan warna merah putih pada YZR500 (0W48) yang digunakan juara Kenny Roberts di Grand Prix (1980) dalam kelas 500cc.

Sebelumnya pada bulan Mac, Yamaha mengeluarkan warna yang sama pada YZR-M1 ketika ujian pra musim kedua MotoGP di Qatar.

Ciri khas speedblock warna merah pada garis melintang dengan jalur hitam disematkan pada badan MX King 150. Kemudian Yamaha memilih corak warna kuning bergaris hitam pada bahagian depan motor.

Rim warna emas menyempurnakan warna seragam berkenaan dengan aura sporty. Moped tersebut dijana oleh enjin 150cc silinder tunggal SOHC yang menghasilkan kuasa 15hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm bersama transmisi 5-kelajuan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here