Bajet 2022: Pengecualian SST dilanjutkan hingga 30 Jun tahun depan

1341

Kerajaan mengumumkan lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kenderaan sehingga 30 Jun 2022 dalam pembentangan Bajet 2022.

Pengecualian tersebut melibatkan 100 peratus bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi kereta import (CBU). 

Sebelum ini pengecualian SST pertama kali diumumkan pada Jun tahun lalu dan seharusnya tamat pada Disember tahun sama bagaimanapun dilanjutkan sehingga Jun tahun ini.



Susulan situasi pandemik yang masih belum reda, kerajaan melanjutkan tempoh SST enam bulan lagi (Disember 2021) sebagai langkah menyokong kelangsungan perniagaan dalam tempoh PKP 3.0 sebelum ini.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here