Polis ambil keterangan pemandu Bezza lawan arus, jika sabit kesalahan boleh denda tidak lebih RM15k

961

Entah apa yang ada dalam pemikiran pemandu ini apabila mereka berani melawan arus. Masih lagi tidak mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku sebelum ini. 

Terbaharu, sebuah Perodua Bezza berwarna coklat tular kerana memandu melawan arus kira-kira pada jam 11.45 malam di Lebuh Raya Senai-Desaru.



BACA>>Pengsan ketika memandu, Toyota Hilux terbabas laluan bertentangan langgar Alza

Bertindak atas laporan, pemandu berkenaan sudapun dikenalpasti oleh pihak polis yang dan dipanggil untuk memberi keterangan. 

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna lain.

BACA>>Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus didakwa bunuh dua remaja

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here