Rebut parkir dengan Toyota Prius, pemilik Nissan Kicks beri penjelasan rupanya…

2110

Semalam satu video tular menunjukkan sebuah Nissan Kicks yang dikatakan berebut parkir dengan sebuah Toyota Prius.

Kejadian tersebut bagaimanapun berlaku di negara jiran, Singapura di parkir bertingkat perumahan.

BACA>>Pelekat P dengan logo JPJ laku keras di laman e-dagang China



Menerusi video pendek 48 saat itu, Toyota Prius berkenaan cuba memasuki parkir kosong secara undur dan mengambil sedikit ruang sebelah kanan.

Bagaimanapun ketika dia cuba memasuki parkir, tiba-tiba muncul Nissan Kicks dari tingkat bawah meluru masuk terus ke parkir kosong tersebut. 

Kejadian yang berlaku cukup pantas itu menunjukkan crossover berkenaan tidak sempat membrek lalu merempuh tiang parkir. 

Jika diperhatikan kedudukan Toyota Prius tersebut berada di bahagian titik buta Nissan Kicks dan pemandu hanya menyedari keberadaan kereta hibrid itu sebaik tiba di parkir berkenaan lalu menyebabkan dia terkejut dan panik. 

BACA>>Pengguna China mahu ciri karaoke dalam kereta, BMW pening

Pemilik asal video papan pemuka tersebut tampil memberi penjelasan menyatakan  dia sudah berjumpa dengan pemandu Nissan Kicks tersebut.

“Hi gais, aku pemilik video berkenaan dan aku dah bercakap dengan pemilik kereta tersebut. Nissan Kicks dia rupanya versi satu pedal iaitu pedal pecutan.

“Ketika naik dia nampak parking kosong tetapi tak perasan ada kereta sedang mengundur nak masuk. Disebabkan panik dia tekan pedal yang menyebabkan kereta laju ke depan dan langgar penghadang,” jelasnya.

Untuk makluman, Nissan Kicks disediakan dengan ciri pedal tunggal  yang membolehkan pemandu memecut dan nyahpecut (menerusi brek regeneratif) menggunakan pedal minyak saja, sama seperti Nissan Leaf.

Bagaimanapun, operasi satu pedal itu hanya boleh digunakan dalam mod S (Smart) atau E (Eco). Pemandu boleh mengawal kelajuan dan memperlahankan kereta dengan mengawal tekanan pijakkan pedal.

Pemandu hanya perlu memijak pedal apabila ingin bergerak atau memecut dan mengangkat kaki untuk memperlahankan kenderaan dan motor elektrik akan segera mengaktifkan operasi membrek dari penggerak motor. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here