Abang askar tunggang skuter ‘Hello Kitty’, jadi sensasi di TikTok

1066

Terlalu meminati kartun Hello Kitty, wanita ini menghiasi bukan saja rumah bahkan kereta dan skuter miliknya juga dipenuhi dengan tema watak comel kartun tersebut. 

Bahkan, suaminya yang merupakan anggota tentera juga terjebak dengan situasi apabila terpaksa menunggang skuter merah jambu milik isterinya. Menyarung baju celoreng dan menunggang skuter ‘jambu’ tentu mengundang persepsi pelbagai daripada pengguna lain.



Wanita tersebut yang mempunyai pengikut tersendiri di Tiktok, memuat naik video suaminya menunggang skuter ‘Hello Kitty’ berpakaian askar. 

BACA>>Saman RM3000 jika kereta kotor di Dubai, tetapi ada syaratnya…

“Hai suamiku. Ada yang tanya, itu Tentera Nasional Indonesia (TNI) betul atau palsu, tolong beritahu padanya”, malah wanita itu juga turut menggunakan tanda pagar #TNI dalam videonya.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik untuk membalas persoalan netizen dalam video sebelum ini memaparkan suaminya yang berseragam tentera sedang duduk di sebuah ruang tamu yang dipenuhi aksesori Hello Kitty.

Bagaimanapun, netizen kemudiannya memuji lelaki tersebut kerana tidak malu untuk menunggang motosikal yang dipenuhi dengan karakter kartun itu.

BACA>>Gara-gara patung Halloween, seorang lelaki disiasat polis disyaki menculik

BACA>>Suami layankan isteri mengidam bau tar jalan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here