Lokomotif lokal pertama, H10 Series bakal dieskport ke Tanzania

1287

SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail) menghasilkan Lokomotif elektrik diesel pertama buatan Malaysia, iaitu H10 Series yang juga disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Lokomotif Buatan Tempatan Pertama Untuk Dieksport’.

SMH Rail beroperasi dari kemudahan pengeluaran kereta api bersepadu yang bertauliah antarabangsa di Rasa, Hulu Selangor dan mempunyai operasi serantau di beberapa pasaran serata dunia.



Keupayaan SMH Rail yang menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan mematuhi piawaian Kesatuan Antarabangsa Keretapi (UIC) yang direka untuk pengangkutan muatan berat dan perkhidmatan jarak jauh tanpa gangguan.

BACA>>Hari-hari kita jumpa; Ini dia sejarah kemunculan lampu isyarat

Lokomotif H10 Series kini bersedia untuk digunakan oleh Tanzania Railways Corporation (TRC) sebagai pelanggan pertama. Penghantaran kumpulan pertama  itu akan diterima oleh Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Tanzania, Prof Makame M Mbarawa.

Kejayaan utama SMH Rail adalah dari segi pembuatannya apabila lebih 60 peratus dihasilkan sendiri, malah sumbangan daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi tempatan turut memberi impak positif kepada sektor rel Malaysia.

Salah satu daripada ciri utamanya ialah keupayaan beroperasi dalam persekitaran dan keadaan cuaca melampau, untuk jaminan prestasi tergabung dengan tahap kebolehpercayaan dan ketersediaan yang tinggi.

Selain itu, Lokomotif H10 Series dilengkapi dengan penyelesaian pemantauan dan diagnostik jarak jauh untuk menyediakan maklumat terkini dalam masa sebenar kepada pengendali rel.

Ia akan membolehkan pengendali rel memantau prestasi dari jarak jauh termasuk kelajuan, keperluan penyenggaraan, penggunaan bahan api dan pemberitahuan ralat.

Lokomotif itu turut menyokong analisis data yang menjejak pengendalian cuai, mengurangkan risiko kegagalan dan menambah baik keselamatan operasi.

BACA>>Bas Rapid Transit Iskandar, Johor pertama di Asia Tenggara akan beroperasi akhir 2023

BACA>>Dron gergasi UTHM mampu angkat beban 200kg, pecah rekod Malaysia Book of Records

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here