Honda Civic (2021) terima 5-bintang penarafan ASEAN NCAP

1049

Honda Civic baharu menerima penarafan lima-bintang bagi pusingan ujian terbaru yang dijalankan oleh ASEAN NCAP.

Civic menjadi model pertama Honda yang diuji di bawah protokol 2021-2025, yang turut merangkumi elemen tambahan seperti brek kecemasan automatik (AEB).



BACA>>Ramai malas guna signal, penyudahnya pentadbir salah satu wilayah Jepun ini tulis mesej ringkas atas jalan

Di bawah penilaian, Honda Civic merekodkan prestasi impresif dengan catatan mata keseluruhan 83.47. Bagi setiap kategori Civic memperoleh mata:

  • Perlindungan penumpang dewasa: 36.59 daripada 40 mata penuh 
  • Perlindungan penumpang kanak-kanak: 18.32 daripada 20 mata penuh
  • Teknologi bantuan keselamatan: 18.16 daripada 20 mata penuh
  • Keselamatan penunggang motosikal: 10.39 mata

Sebagai sebahagian protokal baharu, keselamatan penunggang motosikal menjadi penilaian tambahan yang utama. Civic mencatatkan 8.32 daripada 16 mata penuh, kerana kekurangan peninjau titik buta sebenar (hanya ada LaneWatch), memberikannya 2.32 mata daripada lapan mata.

BACA>>Tentera Udara India pernah ada helikopter bentuk gajah sebagai simbol kekuatan

Protokol itu turut melibatkan pemasangan sistem Visualisasi belakang termaju (ARV), yang mana menempatkan kamera di belakang kereta, bagaimanapun Civic tidak ditawarkan dengan ciri berkenaan dan mendapat sifar. 

Untuk protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, Honda melengkapkan Civic dengan teknologi AEB baharu untuk motosikal sebagai kelengkapan standard dalam semua variannya.

Teknologi baharu ini mampu mengesan kehadiran motosikal di depan kereta dan melakukan brek kecemasan automatik sekiranya pemandu tidak menyedari penunggang motosikal tersebut.

Menurut laporan, model ujian menggunakan Civic EL+ keluaran tahun 2021 yang dijual di Thailand. Bahkan penarafan yang sama turut terpakai ke atas varian yang dijual di Singapura dan Indonesia.

Civic cemerlang dalam kategori bantuan keselamatan dengan adanya Honda Sensing, sistem seperti brek kecemasan autonomi, amaran tukar lorong, bantuan kekal lorong, peninjau perhatian pemandu dan lampu tinggi automatik yang ditawarkan standard. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here