Cari pasal, konvoi bunyi ekzos motor depan polis

1702

Sekumpulan konvoi motosikal dari Pahang membuat onar apabila membunyikan ekzos motosikal dengan kuat berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Telaga, Hulu Terengganu, kelmarin. 

Bagaimanapun, tindakan kumpuan yang berusia antara 19 hingga 47 tahun itu tersilap langkah apabila tindakan itu dilakukan di depan polis yang kebetulan berada di kawasan itu ketika melakukan rondaan.



“Ketika dalam perjalanan, ada antara mereka dengan sengaja membunyikan ekzos motosikal dengan kuat dan bising.

BACA>>Mat motor ini dihukum polis dengar bunyi ekzos bising, apa rasa?

“Berdasarkan pemerhatian, mereka juga turut melakukan pelbagai kesalahan trafik yang lain seperti ubah suai motosikal dan aksesori sebelum mereka ditahan untuk pemeriksaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man

Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 67 saman membabitkan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap 52 motosikal.

Semua yang ditahan bersama motosikal masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here