Habib, mekanik pertama Malaysia sertai pasukan MotoGP

1202

Hhibbatuulah M Fuad atau dikenali sebagai Habib mencipta rekod sebagai anak tempatan pertama menjadi mekanik dalam MotoGP.

Dia bakal menggalas tugas sebagai mekanik nombor tiga bersama pasukan MotoGP (2022), RNF Racing yang dimiliki Datuk Razlan Razali. Habib akan membantu pasukan menyediakan motosikal pelumba ‘rookie’, Darryn Binder untuk perlumbaan musim depan. 



Tugas mekanik nombor tiga adalah membantu mekanik satu dan dua yang mana ketiga-tiganya bertanggungjawab terhadap jentera lumba. Kedudukan berkenaan hanya dibezakan berdasarkan pengalaman. 

BACA>>Mengapa brek belakang penting dalam MotoGP dan pelumba menggunakan brek ibu jari?

“Bagi saya, Habib sememangnya layak untuk diberikan peluang ini dan saya amat berbangga dengan cara dia bekerja selama tiga, empat tahun ini.

“Dia seorang individu yang bekerja keras, menepati masa, suka membantu dan kalau dibandingkan dengan mekanik lain, dia ini seorang mekanik yang bagus selepas bermula dari bawah sehingga ke MotoGP.

“Saya amat berbangga untuk mengambil Habib, seorang mekanik MotoGP Melayu, Malaysia yang ada di Kejuaraan Motosikal Dunia,” kata Razlan. 

Masa ini Habib menggalas tanggungjawab membantu pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here