Honda HR-V (2022) lancar di Thailand, harga RM123k

2811

Thailand memperkenalkan Honda HR-V (2022) yang mana hanya ditawarkan dengan satu pilihan janakuasa iaitu sistem hibrid penuh e:HEV i-MMD.

Harga jualan HR-V di Thailand bermula daripada baht 990,000 (RM123,645) hingga baht THB 1.2 juta (RM149,889). 

BACA>>Honda Malaysia perkenal CR-V Black Edition, harga RM161k



HR-V serba baharu berkenaan didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu E, EL dan RS bersama trenkuasa 1.5 liter Atkinson cycle i-VTEC petrol yang menghasilkan kuasa 105PS @ 6,000-6,400rpm dan tork  127Nm @ 4,500-5,0000rpm.

Sementara elektrik motor pula menghasilkan kuasa 131PS dan tork 253Nm. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi E-CVT automatik bersama tiga mod pemanduan iaitu: 

  • EV Drive: Mod elektrik penuh yang sesuai untuk pemanduan bandar dan kelajuan rendah 
  • Hybrid Drive: Gabungan mod yang menawarkan penghantaran tork pantas untuk pecutan berkuasa dan lancar 
  • Engine Drive: Kuasa dari enjin dihantar terus ke roda untuk pemanduan kelajuan tinggi 

Kesemua varian dibezakan menerusi kemasan aksesori yang mana varian E dan EL didatangkan standard dengan rim aloi 17-inci bersama rekaan gril rekaan gril hitam melintang seperti mana versi Vezel yang dijual di Jepun serta spoiler belakang.

BACA>>“Tali pinggang keledar dan beg udara selamatkan hentakan ke papan pemuka,” krew produksi kongsi detik kemalangan

Ciri peralatan standard lain termasuklah ciri pencahayaan LED pada lampu depan dan belakang.

Varian tertinggi e:HEV RS pula ditawarkan dengan lampu belakang LED lebih gelap, rekaan gril lebih sporty dengan kemasan krom, rim aloi 18-inci dan bumbung panorama.

Selain itu, RS juga didatangkan dengan pengecas telefon tanpa wayar, kerusi pemandu dengan pelarasan empat cara, empat USB, dan lapan pembesar suara. Tidak ketinggalan, bahagian kabin RS dibezakan dengan kemasan jahitan benang merah pada kerusi, tombol gear dan stereng. 

BACA>>[Video] Bos Pos Malaysia jadi posmen sehari, minta maaf jika barang lewat sampai

Kabin HR-V menerima kemasan serba hitam bersama sistem kawalan pendingin hawa dengan Sistem Resapan Udara yang membekalkan udara sejuk terus ke penumpang belakang.

Berbanding varian E, versi EL dan RS ditawarkan dengan kelengkapan corong pendingin hawa buat penumpang belakang bersama dua slot USB.

Tawaran sistem infotainmen 8-inci pula memiliki ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto dan paparan multi info TFT 7-inci memudahkan pemandu melihat informasi pemanduan. 

Ciri peralatan lain yang mesra pengguna antaranya but belakang elektrik dan tutup automatik serta ruangan tambahan dalam kabin menerusi tiga pilihan lipatan kerusi belakang iaitu mod Utility, Long dan Tall. 

Honda HR-V ditawarkan standard dengan ciri keselamatan Honda Sensing yang terdiri daripada Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Lampu Tinggu Automatik (AHB), Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning (RDM/LDW) dan Kawalan Kruise Adaptif bersama Low-Speed Follow (ACC/LSF).

Selain itu, HR-V turut didatangkan dengan enam beg udara, Honda LaneWatch dan Kawalan Turun Bukit.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here