Perlu bantu isteri bersalin dalam kereta, lelaki ini aktifkan autopilot Tesla

1592

Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla sering berdepan dengan isu sistem pemanduan semi-autonomi sehingga banyak kes kemalangan melibatkan sistem itu dikongsi di laman sosial. 

Malah ada yang maut kerana sistem itu gagal berfungsi seperti yang diharapkan. Terlalu banyak cerita negatif, siapa sangka akhirnya ada satu kisah positif apabila seorang wanita di Amerika Syarikat berkongsi pengalaman bersalin dalam kereta.



Keating Sherry, 34 suami kepada Yiran Sherry, 33, bercerita dia yang memandu Tesla Model 3 terpaksa mengaktifkan sistem autopilot bagi membantu isterinya bersalin. 

“Dia sudah mula rasa sakit ingin bersalin, kami bergegas ke hospital yang mengambil masa 20 minit perjalanan namun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,” jelasnya.

Selepas menetapkan navigasi lokasi, Keating mengaktifkan mod autopilot. Sesekali dia cuba mengambil alih pemanduan dan pada masa sama cuba memberi perhatian kepada isterinya ketika ingin melahirkan.

“Dia genggam tangan saya sehingga saya berasa sakit. Saya berkata, Yiran, fokus pada pernafasan kamu,’’ jelas Keating.

Sherry selamat melahirkan anak perempuan dan setibanya di hospital, jururawat memotong tali pusat bayi. Bayi tersebut dinamakan Maeve Lily dan digelar sebagai ‘bayi Tesla’ pertama di dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here