Kereta baru sebulan pakai dihempap pokok, netizen mulut puaka pertikai punca rezeki

2402

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, pengguna akaun TikTok berkongsi kisah sedih apabila kereta baharu miliknya rosak teruk akibat dihempap pokok.

Difahamkan kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta sebuah kem tentera. Menurut perkongsian video pendek itu, pengguna TikTok @izaamadam menjelaskan kereta tersebut baru diterima awal Januari ini.



“Sedih tengok kereta yang dibeli dengan keringat sendiri dihempap pokok. Tahun lepas kemalangan kereta total lost, terima dengan terbuka andai ini ujian,” jelasnya.

Berdasarkan video itu boleh dilihat sebatang pokok yang tumbang menyebabkan kerosakkan teruk pada bahagian bumbung kereta manakala cermin belakang juga retak.

Ujian besar buat pemilik tersebut. Bagaimanapun, antara kata-kata semangat yang diberikan netizen ada juga segelintir yang mulut puaka mempertikaikan rezeki pemilik kereta sehingga diberi ujian bertimpa. 

@izaamadam

Kereta baru beli x smpai sbulan dihempap pokok 😔… mntak jasa baik kita doakan supaya dimurahkan rezeki.. #ribut

♬ Kiss The Rain . Yiruma – Kristan💕 | Harpist

Ada antara warga maya yang meminta pemilik kenderaan tersebut memikirkan semula punca rezeki atau dosa dilakukan bahkan serkap jarang menuduh pemilik Volkswagen itu membeli dengan hasil wang rasuah.

“Dia beli dgn duit gaji sndiri bang,sila jaga percakapan ya,” balas pemilik akaun TikTok.

Seharusnya sebagai warga maya kita perlu menjaga tutur kata dan bersimpati dengan mangsa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Namun majoriti warga maya memberi kata semangat kepada pemilik kenderaan tersebut.

“Tahun lepas kereta kemalangan total lost terus, ini kereta baru ambik tak sampai sebulan kena hempap pokok pula. Moga dipermudahkan urusan.

“Ramai yang kata duit itu ini, cukup sekadar doa yang baik-baik. Kita tak kenal jangan tuduh sebarangan, skali Allah balik kat diri sendiri. Semoga owner dipermudah urusan.”

“Moga ada rezeki lain lepas ni.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here