Sport rim Kawasaki AR125 dijual RM26k, tetapi ramai pulak yang panas

6533

Bermula dari kisah motosikal Yamaha RX-Z yang dijual dengan harga RM60,000 sehingga ke helmet mencecah harga puluhan ribu ringgit, pasti ada sahaja topik mengenai dunia dua roda sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, tular pula apabila dikatakan Sport rim Kawasaki AR125 berwarna hijau dijual pada harga RM26,700.



Jika berdasarkan harga tersebut, ia mampu membeli dua buah motosikal baharu, malah harga sport rim tersebut lebih mahal dari harga rim Vossen Novitec NV1 yang digunakan pada kereta mewah seperti Lamborghini dan Ferrari.

Namun, rata-rata orang ramai menganggap harga itu tidak masuk akal dan dikatakan membazir kerana harga rim tersebut hanya berharga RM2,500 sahaja jika beli di kedai.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada pilihan dan kesediaan pembeli itu sendiri. Jika sanggup membayar dengan harga yang mahal ditetapkan penjual, maka bukan menjadi satu masalah.

Ini beberapa komen warganet mengenai hantaran ini:

“Cakap kat Kawasaki, suruh dia meniaga rim je la…buat penat je buat production motor, harga turun. Baik production rim, suruh mamat ni jadi salesman.

“Kalau mcm nie harga ea. Baik kilang kawasaki tu jual sportrim je.

“Bank in dalam akaun sendiri ataupun bankin ke tuan rim lepastu tuan rim bagi balik baki 25.7k.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here