Geng Mustang didakwa berhenti tengah jalan isi minyak untuk konten, kena kecam menyusahkan orang ramai

2095

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan beberapa beberapa buah kereta Ford Mustang dilihat berhenti di tengah-tengah kesibukan jalan raya untuk mengisi minyak.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah jalan di Kuala Lumpur selepas sebuah kereta Mustang kehabisan minyak dan pemilik kenderaan tersebut dilihat sedang mengisi petrol di tengah jalan raya.



Video tersebut dikongsikan di Twitter, @AbangDon__ yang pada awalnya di muatnaik di TikTok @asaari.usamah. Menerusi video tersebut dapat dilihat pemandu itu merungut apabila kereta miliknya secara tiba-tiba kehabisan minyak sambil dirakam oleh rakannya.

“Minyak habis lah bro. Bulan ni pokai, bayar road tax sahaja dah RM20,000 bro,” katanya.

Pemuda tersebut bersama rakan-rakannya sempat berbual kecil sekaligus membuatkan netizen geram dan beranggapan tindakan mereka itu telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

 “Boleh sahaja tolak kereta ke tepi dahulu untuk mengisi minyak.

“Kesian orang lain, sesak jalan minyak abis satu kereta saja awat kena stop tgh jalan 2 3 bijik.

Malah, netizen mendakwa pemilik Mustang itu sengaja berhenti di tengah jalan kerana mahu merakamkan video demi konten kerana petrol yang diisi sangat sedikit dan tidak menggunakan corong jika benar mahu mengisi minyak.

@atufusamah

Kereta @Ashaari habis minyak adoiii..

♬ original sound – Atuf Usamah – Atuf Usamah

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here