Utama Berita Automotif Ferrari dedah imej SUV pertama, bakal bersaing dengan Lamborghini Urus

Ferrari dedah imej SUV pertama, bakal bersaing dengan Lamborghini Urus

1316
Projek Purosangue oleh Ferrari seharusnya diperkenalkan pada tahun 2020 namun ditangguhkan sehingga tahun ini.
 
Terdahulu, tular perkongsian rakaman video yang dimuat naik akaun Youtube, Varryx memaparkan kelibat model prototaip SUV Purosangue tersebut sedang diuji di jalan raya.
 
Akhirnya Ferrari memperlihatkan reka bentuk sebenar SUV pertama mereka yang bakal bersaing dengan Lamborghini Urus dan Aston Martin DBX.
 
Gambar teaser itu dikongsi akaun Instagram Ferrari yang memperlihatkan muka depan Purosangue. Walaupun tidak menunjukkan imej depan secara jelas boleh dilihat rekaan lampu depan bersama garis halus lampu nyala siang (DRL) LED.
 

Sekali imbas, Purosangue turut membawakan elemen model Ferrari sedia ada, seperti rekaan depan daripada SF90 Stradale dan SP3 Daytona.

Bagaimanapun, setakat ini tidak banyak informasi yang boleh didapati, difahamkan model baharu itu bakal didatangkan dengan konfigurasi empat tempat duduk, pacuan empat roda, dan enjin depan-tengah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ferrari (@ferrari)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here