Gagal beli kelab bola sepak Chelsea, billionaire Ghana labur duit beli Rolls Royce

1489

Billionaire asal Ghana, Bernard Antwi Boasiako membelanjakan hampir Ghana cedis 2.6 juta (RM1.4 juta) bagi membeli sebuah model mewah Rolls Royce Wraith.

Ahli perniagaan yang digelar sebagai Chairman Wontumi itu cuba membeli kelab bola sepak Chelsea minggu lalu selepas pemiliknya Roman Abramovich ingin menjual kelab liga Inggeris berkenaan. 

Bagi menunjukkan kesungguhannya meminang Chelsea, Wontumi membuat tawaran yang menarik tetapi ia tidak cukup untuk tersenarai dalam 10 pembida terbaik.



Gagal mencapai cita-cita berkenaan, Bernard Antwi Boasiako memutuskan untuk melaburkan wangnya ke tempat lain iaitu membeli sedan mewah asal Inggeris.

Rolls Royce Wraith dijana oleh enjin 6.6 liter V12 turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 624hp dan tork 800Nm. Pecutan dari 0-00kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.  

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here