Brek Brembo Ducati Diavel milik warga Singapura kena rembat di JB

1555

Rakyat Singapura mengambil kesempatan untuk bercuti mahupun membeli belah selain mendapatkan minyak pada harga yang murah di Malaysia sejak sempadan dibuka awal April lalu.

Bagaimanapun, lain pula kisah bagi seorang penunggang motosikal negara jiran ini. Lelaki berkenaan mengunjungi pusat membeli belah di Johor Bahru pada 3 April lalu terkejut setelah mendapati hos brek depannya dipotong.



Difahamkan lelaki berkenaan meletakkan motor Ducati Diavel miliknya pada jam 11 pagi dan mendapati kehilangan komponen brek Brembo pada jam 7 petang hari yang sama.

Berdasarkan laporan yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru Selatan, pemilik yang bernama Michael Cahyadi Soeryantono berkata dia mendapati brek kaliper Brembo kiri dan kanan bahagian depan hilang.

“Ada kesan pemotongan kabel brek di motosikal saya,” katanya.

Seperti mana kita ketahui kaliper Brembo M50 ialah komponen perlumbaan gred prestasi yang memiliki permintaan tinggi di pasaran selain mudah ditanggalkan.

Bahkan harganya yang mahal sekitar RM3000 lebih membuatkan komponen berkenaan menjadi sasaran pencuri. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here