Influencer Brazil dan anjing maut dua hari sebelum tiba destinasi akhir kembara….

1394

Kisah ini menyentuh hati dan sedih bahkan mendapat liputan seluruh negara. Seorang influencer Brazil dan anjingnya hanya tinggal dua hari lagi untuk melengkapkan impiannya tiba di Alaska namun maut dalam satu kemalangan.

Jesse Koz, 29 bersama haiwan peliharaannya meninggal di tempat kejadian apabila Volkswagen Beetle 1978 miliknya melanggar Ford Escape berhampiran Selma, Oregon pada Isnin lalu.



Pemandu Ford Escape, yang dikenali sebagai Eileen Huss, 62 dibawa ke hospital akibat kecederaan, manakala seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang duduk di kerusi belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Koz memulakan pengembaraan dari Brazil pada September 2017 sejauh 83,686km dan merentasi 17 negara. Setiap momen perjalanan dikongsi di laman Instagram miliknya.

Perjalanan yang dijangka berakhir di Alaska itu tertunda akibat pandemik pada 2020 susulan sekatan rentas sempadan yang menghalangnya melalui Amerika Syarikat (AS) dan Mexico. 

Dia terpaksa kembali ke Brazil, tetapi influencer itu tetap meneruskan kembara impiannya pada Januari tahun ini dan merentasi sempadan AS pada Februari.

“Kami meninggalkan Mexico pada September 2020 dengan idea untuk tinggal hanya empat bulan di Brazil dengan harapan sempadan Mexico-AS akan dibuka semula.

“Tetapi bulan berlalu, dan tiada berita ia dapat direalisasikan, bulan demi bulan, jangkaan dan impian untuk melengkapkan pemanduan dengan Beetle semakin jauh,” katanya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @jessekoz

Akaun Instagram Koz menjadi jurnal rasmi perjalanan kembaranya di setiap negara. Gambar terakhir beberapa hari sebelum kejadian menunjukkan Koz bersama anjing peliharaannya berlatar belakang jambatan Golden Gate San Francisco.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here