Hap Seng Star lancar Mercedes-Benz Autohaus baharu di Setia Alam, Selangor

628

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star melancarkan Mercedes-Benz Autohaus baru di Setia Alam, Selangor dengan kos pelaburan RM99 juta.

Cawangan Hap Seng Star Setia Alam baharu ini menampilkan penambahbaikan dan peningkatan baharu yang merangkumi konsep pengalaman mewah kepada pelanggan.

Hap Seng Star Setia Alam Autohaus diuruskan oleh 29 kakitangan dengan keluasan tanah merangkumi hampir 79,000 kaki persegi dengan bangunan tujuh tingkat.



Bilik pameran berkeluasan lebih 11,526 kaki persegi boleh memuatkan 16 kereta yang turut menampilkan kemudahan lain seperti kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik solek wanita.

Hap Seng Star juga meningkatkan kapasiti servis mereka di Setia Alam Autohaus ini dengan ruang lebih 29,549 kaki persegi yang mana ia boleh melakukan servis 1,500 kereta sebulan.

Secara keseluruhan, Kumpulan Hap Seng sudah melabur sejumlah RM673 juta setakat ini, termasuk pelaburan RM99 juta baru-baru ini ke dalam Setia Alam Autohaus.

Sehingga kini, Hap Seng mempunyai Autohaus di 10 lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Kinrara, Balakong, Jalan Ipoh, Bukit Tinggi, Setia Alam, Melaka, dan Iskandar. Johor di Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia Timur, Hap Seng hadir di Kuching dan Kota Kinabalu. Kumpulan Hap Seng juga mengendalikan Pusat Terpakai Bertauliah Mercedes-Benz di Kinrara dan pusat Body & Paint tersendiri di Shah Alam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here