Ford Mustang di Kedah rupanya kereta klon

1194

Kereta mewah jenis Ford Mustang ditemui di premis perniagaan baik pulih kenderaan di Shahab Perdana, Mergong, Kedah rupanya kereta klon yang mana pemilik sebenar berada di Sarawak.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kereta itu dirampas Bahagian Penguatkuasa JPJ Kedah ketika melakukan rondaan jam 1.30 petang semalam.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguatkuasa JPJ bersama polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan sebelum menemui kenderaan itu.



“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat keraguan pada nombor casis dan warna asal kenderaan terbabit.

“Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Suka Menanti untuk siasatan lanjut,” katanya
 
JPJ meminta orang ramai yang mahu membuat sebarang aduan berkaitan perkhidmatan agensi itu, menyalurkannya kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan aduan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here