Pengasas produk tayang Lamborghini, sekali orang Langkawi pamer segudang supercar

1665

Baru-baru ini tular di media sosial apabila dua orang pengasas produk kecantikkan memandu Lamborghini Huracan EVO ke Langkawi.

Kapsyen pada video pengasas berkenaan mengundang kecaman dalam kalangan netizen terutamanya yang berada di Langkawi. 

@ayunieso24

yuni saja je buat masuk lamborghini kat langkawi kot kot orang langkawi takpernah tengok lamborghini😝 #fyp #vitamilk #lamborghini #viral

♬ original sound – Hilman Hamzah – Hilman Hamzah



Mungkin kedua-dua pengasas tersebut kurang pengetahuan am yang mana Langkawi merupakan pulau bebas cukai. Justeru itu, penduduk setempat boleh membeli kenderaan premium pada harga lebih murah apatah lagi kenderaan mewah.

Bahkan, ada juga penduduk luar yang membeli kenderaan mewah di Langkawi dan disimpan di pulau berkenaan.

Kebarangkalian tindakan pengasas produk itu hanyalah sebahagian daripada teknik pemasaran produk mereka.

@iefaadyraa

Replying to @Lubuk iPhone Murah dia taktau langkawi ada gudang takat 2 biji ja puih

♬ original sound – Iefaadyraa 🫶🏼 – Iefaadyraa 🫶🏼

Ini kerana salah seorang pengasas produk berkenaan pernah tular apabila berkongsi harga tangki penuh Lamborghini yang dikatakannya sebagai murah. 

Kapsyen rakan perniagaannya yang menggunakan akaun TikTok @ayunieso24 berbunyi, “Yuni saja je buat masuk Lamborghini kat Langkawi kot kot orang Langkawi tak pernah tengok Lamborghini.”

Menjawab kepada kapsyen berkenaan, beberapa ‘orang Langkawi’ membuat video balas  dengan menunjukkan sebuah gudang yang dipenuhi dengan supercar dan barisan kenderaan mewah.

@hanisnadirah__

Membalas kepada @Lubuk iPhone Murah

♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf

Boleh dilihat barisan kenderaan supercar seperti McLaren dan Ferrari selain Porsche yang disimpan di gudang berkenaan. 

Bahkan ada juga yang memerli pengasas tersebut yang mendakwa kenderaan mewah supercar hanya dibuat kenderaan sewa di Langkawi. 

Selain itu, menurut mereka Lamborghini sudah banyak di Langkawi dan boleh dilihat dengan mudah.

@northern_episodelangkawi

Terus juling mata tengok kereta sportcar langkawi ni macam kereta hotwhells je depa susun 😍😍. #langkawi #porche #lamborghini #dutyfree #foryourpage #fypシ #tiktokmalaysia #motivation

♬ suara asli – Yova

@firah9406

#supercar #sportcars #lamborghinilangkawi #mclaren #langkawi #founderviral #ad

♬ original sound – fierah – fierah

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here