Lancar tahun depan, Kawasaki bakal pamer Ninja ZX-25R di Sepang Jumaat ini?

1170

Sebelum ini, Motoqar mengeluarkan artikel berkaitan Kawasaki Ninja ZX-25R yang bakal dilancarkan ke pasaran lokal tahun depan.

Namun, sebelum rasmi dilancarkan dikhabarkan sportbike berkenaan bakal dipamerkan di Malaysia Jumaat ini pada majlis pelancaran model baharu Kawasaki Malaysia.



Kawasaki Ninja ZX-25R itu dikatakan akan dipamerkan di reruai Kawasaki sepanjang penganjuran GP Malaysia 2022, bermula 21 Oktober ini. Sayangnya, model terbaharu ZX-25RR dari Indonesia dijangka tidak dipertontonkan di lokasi dan masa sama.

Untuk melihat dengan lebih dekat model berkenaan anda dijemput hadir ke reruai Kawasaki Jumaat ini dan apakah model baharu yang bakal lancar pada hari tersebut?. Nantikan laporan daripada kami nanti..

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here