Di bawah PM10, adakah pengangkutan awam bakal lebih baik?…

716

Walaupun bakal menjengah tahun 2023, isu pengangkutan awam di Malaysia tidak pernah menjadi lebih baik waima bertukar pucuk pemimpin yang berbeza.

Isu bas yang tidak pernah tepati masa, perkhidmatan kereta api yang sentiasa lewat dibangkitkan setiap tahun.



Walaupun kerajaan tempatan sering menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai penyelesaian kesesakan jalan raya terutama di bandar-bandar utama, tetapi tidak dapat membantu sekiranya pengangkutan awam yang ada tidak efisien. 

Selain isu kesalinghubungan, masalah kekerapan perkhidmatan menyukarkan pergerakkan harian pengguna.

Adakah dengan adanya Kerajaan Perpaduan (tiga gabungan besar Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak) ini dapat membantu mengatasi isu pengangkutan awam dan merealisaikan manifesto parti yang dibentangkan sebelum ini.

Berikut Manifesto PH dalam menambahbaik pengangkutan awam:

  • Pengangkutan awam percuma untuk warga emas, menambah baik dasar sedia ada yang menawarkan diskaun 50 peratus.
  • OKU dijanjikan sokongan dan akses yang ditambahbaik dengan meningkatkan bilangan kemudahan dan pengangkutan awam mesra OKU, di samping memastikan projek pembangunan memenuhi piawaian Reka Bentuk Universal. 
  • Meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam dengan meluaskan liputan pengangkutan awam.
  • Akses mudah 80 peratus kawasan bandar, 10 minit jalan kaki ke stesen bas dan kereta api serta tempoh menunggu pengangkutan awam tidak lebih daripada 10 minit. Bagi mencapi sasaran ini kerajaan perlu menyediakan 10,000 bas di kawasan bandar yang mana 7,000 disediakan di Lembah Klang.
  • Had tambang pengguna yang tidak menggunakan pas bulanan sebanyak RM5 sehari. Ketika ini, Rapid KL menawarkan pas perjalanan bulanan rel dan bas My50 dengan harga RM50. 
  • Membenarkan dan kawal penggunaan skuter dan basikal elektrik sebagai penghubung first dan last mile. Kerajaan boleh bekerjasama dengan perkhidmatan pengangkutan untuk menawarkan baucar pengangkutan ke stesen transit. Tawaran ini boleh berharga RM5 setiap baucar dan sehingga 10 baucar akan diberikan melalui e-dompet untuk digunakan untuk perjalanan yang bermula atau berakhir di stesen pengangkutan awam.
  • PH merancang untuk memperluaskan kaedah pembayaran pengangkutan awam menerusi penggunaan kad debit dan e-dompet, berbanding sistem semasa yang hanya menerima kad Touch n Go.

Sementara, manifesto BN pula menyediakan baucar e-hailing bagi pengguna OKU dan pengangkutan awam mesra alam sepenuhnya pada 2030. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here