Bina garaj mobile kereta tengah jalan, MBK ambil tindakan

620

Semalam Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) berkongsi penemuan sebuah garaj kecil yang dibina di tengah-tengah jalan di kawasan perumahan di Seri Mahkota.

Garaj tersebut dibuat bagi meletakkan sebuah kereta menggunakan kayu dan atap zink serta di kaki tiang diletakkan roda bagi memudahkan garaj itu dipindahkan.  



Selain itu, sekeliling garaj berkenaan diletakkan kon dan kotak terpakai dipercayai sebagai ‘tanda’ cop parkir. 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana kebanyakan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT)  merobohkan bangsal itu selain memberikan tindakan lebih lebih tegas kepada pesalah. 

Menurut MBK, notis pengalihan telah dikeluarkan, sekiranya pemilik bangsal gagal mematuhi notis, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here