Runner JPJ kini jadi rider hantar makanan?

615

Runner atau orang tengah di Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ) dikatakan mungkin terpaksa mengubah haluan sebagai penghantar makanan atau mat despatch sekiranya perkhidmatan sedia ada tidak diperlukan lagi.

Ini susulan pengumuman pengenalan sistem lesen memandu dan pelekat cukai jalan digital berkuat kuasa serta-merta minggu lalu.

Seorang runner persendirian dikenali Rahim, 38, berkata, ketika ini perkhidmatan itu masih mendapat sambutan dan di­terima baik dalam kalangan pe­langgan. Namun, dia juga terpaksa memikirkan jalan lain yang lebih selamat sekiranya pendapatan mula terjejas.



Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan yang sebahagian besar pelanggan berusia 40 tahun ke bawah akan beralih kepada sistem digital.

Kos upah yang diambil untuk berurusan di JPJ termasuk duit minyak, makan dan jarak perjalanan dikenakan hanya maksimum RM10 hingga RM15.

Dalam tempoh seminggu, jumlah pendapatan mampu diperoleh untuk perkhidmatan memperbaharui cukai jalan kira-kira RM150 hingga RM500. Ini bergantung kepada bilangan pe­langgan sedia ada yang kini sudah mencecah 40 hingga 50 orang.

Saya ada terfikir, sekiranya pendapatan perkhidmatan ini mula terkesan, mungkin saya tukar kerjaya lain sebagai penghantar makanan atau despatch. Ini sahaja yang sesuai ketika ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi runner dikenali sebagai Ronney, 40-an pula menambah, dia tidak berasakan yang kerjaya ini akan terkesan memandangkan semua pemilik kenderaan masih perlu memperbaharui cukai jalan setiap tahun.

Bukan tidak perlu perbaharui cukai jalan cuma tidak perlu ditampal pada cermin kenderaan sahaja. Bagi kami, ini tiada masalah dan tidak akan terjejas pendapatan.

“Pelanggan berusia 40 tahun ke atas masih memerlukan khid­mat runner. Bayangkan jika seminggu seorang runner terima sekurang-kurangnya 30 permohonan, pendapatan kasar sudah mencecah RM400 dalam sehari,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here