Wanita disamun selepas isi minyak kereta, polis buru dua suspek

381

Semalam tular sebuah video berhubung kejadian samun seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras.

Dalam video berdurasi 14 saat itu, kelihatan seorang wanita membuka kunci kereta dan seorang lelaki bertopi keledar dengan pantas mengambil beg tangan yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Wanita itu hanya menyedari kejadian selepas, penyamun menutup semula pintu kereta dan cuba mengejarnya. Bagaimanapun, gagal kerena penyamun melarikan diri dengan menaiki motosikal.



Rentetan kejadian itu, polis sedang menyiasat video tular tersebut dan sedang memburu dua suspek berkenanan.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, video yang tersebar di laman Facebook dikesan pihaknya pada kira-kira 7.30 malam.

Menurutnya, mangsa kelihatan tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggunya untuk membuka kunci kenderaan dan kemudian mengambil beg tangan.

Katanya, hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira 9 pagi yang melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.

Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Video Tonton video di SINI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here