Kes samun, pintu penumpang boleh lock rupanya…

711

Tularnya video samun seorang wanita tempatan di stesen minyak pagi semalam, mengundang pelbagai komen netizen di media sosial terhadap ciri-ciri keselamatan kereta moden.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana pintu penumpang hadapan boleh dibuka sedangkan teknologi kereta terkini telahpun mempunyai ciri-ciri keselamatan tersebut.

Mungkin, ramai yang masih tidak tahu, bahawa kereta moden hari ini mempunyai tetapan untuk mengunci pintu penumpang.



Berikut adalah perkongsian di Twitter oleh Abudi Alsagoff, jika anda pemilik kereta Honda atau Toyota, anda boleh membuat tetapan untuk mengunci pintu tempat duduk penumpang apabila membuka pintu pemandu.

Boleh setting, kalau tekan unlock dua kali baru akan unlock passenger seat,” tulisnya.

Bagaimanapun, meninjau komen netizen, ciri-ciri keselamatan itu bukan sahaja ada pada dua jenama kereta tersebut tetapi hampir kesemua kereta keluaran baharu termasuk kenderaan tempatan Perodua dan Proton.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here