Honda Vario 125: Adik versi 160 cc, harga bermula RM7,080

2413

Ketibaan Honda Vario 125 di Malaysia adalah jawapan kepada penunggang yang mencari skuter mampu milik dan menawarkan ciri moden canggih yang terdapat pada skuter premium.

Honda Vario 125 dikuasakan enjin penyejuk cecair 4-lejang, 125cc Enhanced Smart Power (eSP) dengan keupayaan menghasilkan 11.5hp pada 8,500pm dan tork setinggi 11.74N.m pada 5,000pm.

Teknologi eSP terbukti cekap di dalam penggunaan minyak semasa pembakaran dan memberikan geseran yang minimum sekaligus mengurangkan risiko pembaziran tapa menjejaskan prestasi.



Ciri utama Honda Vario 125 baharu termasuk:

  • Enjin baharu 124.9cc 4-Lejang sejukan cecair dengan eSP yang memastikan kuasa optimum di jalan raya dan /dling Stop System (ISS) yang memberikan kecekapan bahan api. Tangki bahan apinya mencecah 5.5 liter.

• Honda SMART Key System yang mempunyai Sistem Penggera Anti-kecurian untuk keselamatan tambahan serta Sistem Jawab Balik. Ia adalah yang pertama di dalam kategori 125cc.

  • Pengecas USB dalam kotak konsol. Selain mempunyai 18 liter rang penyimpanan di tempat duduk bawah untuk kemudahan tambahan penunggang.

• Sistem pencahayaan LED pada semua titik pencahayaan dengan panel meter digital sepenuhnya untuk memberikan gaya yang mewah.

•Corak badan yang sporty dan grafik garisan yang elit memberikan rupa yang bergaya.

Ciri keselamatannya termasuk Sistem Penggera Anti-kecurian yang akan menghidupkan bunyi penggera dan isyarat akan berkelip apabila motosikal mengesan getaran atau pergerakan, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik apabila meninggalkan motosikal mereka.

Sistem jawab balik juga tersedia di mana sistem akan mengesan kedudukan motosikal. Pemilik akan dimaklumkan apabila fungsi immobilizer dihidupkan.

Honda Vario 125 juga didatangkan dengan dua ruang kotak terbuka yang boleh memuatkan botol air dan barangan lain seperti sarung tangan.

Jentera itu menggunakan rim bersaiz 14 inci dengan balutan tayar 90/80 di depan, manakala belakang 100/80. Brek depan dipadankan cakera hidraulik dan dram untuk belakang.

Ia ditawarkan dengan tiga warna iaitu kuning, biru dan merah. Ia dijual satu varian sahaja yang berharga bermula RM7,080.

Honda Vario 125 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here