BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL kini di pusat jualan, ansuran bulanan sekitar RM2k

443

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL ke pasaran tempatan.

Harga jualan kedua-dua model itu adalah:

  • BMW K 1600 GT: RM 174,500
  • BMW K 1600 GTL: RM 183,500 

Dengan Pelan Pembiayaan yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL baharu masing-masing bermula daripada RM2,128 dan RM2,238 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4-tahun).



Berikut informasi tentang kedua-dua jentera:

  • Kedua-dua jentera dijana oleh enjin 1,649cc enam silinder yang menghasilkan kuasa 160hp @ 6,750rpm dan tork 180Nm @ 5,250rpm.
  • Padanan transmisi 6-kelajuan membolehkan ia mencapai kelajuan maksimum 200kmj. 
  • Di atas kertas, jentera tersebut mampu merekodkan penggunaan bahan api 5.9 liter setiap 100km. 
  • BMW K 1600 GT merupakan varian yang tangkas dan dinamik, dilengkapi dengan lampu depan LED yang dinaik taraf sepenuhnya. 
  • BMW K 1600 GT didatangkan dengan warna badan Black Storm Metallic dan Style Sport yang diserlahkan dengan padanan warna putih, metalik biru, dan merah pada badan. Kemudian, angkup brek depan berwarna emas dan madgad depan berwarna putih. 
  • BMW K 1600 GTL baharu pula disediakan dalam warna Black Storm Metallic dan Gravity Blue Metallic (Style Exclusive). Bukan itu sahaja, warna Option 719 Meteoric Dust edisi
    khas turut ditawarkan pada BMW K 1600 GT dan BMW K 1600 GTL.
  • Model berkenaan didatangkan dengan pelindung enjin berwarna hitam di samping visor angin boleh laras secara elektrik.
  • Lampu depan LED didatangkan dengan Ikon Cahaya serta Lampu Membelok Adaptif, selain Lampu Tunggangan Waktu Siang, Lampu Tambahan LED, Pencahayaan Aras Dasar dan juga lampu kabus tambahan.
  • Turut tersedia skrin TFT berwarna 10.25 inci yang memaparkan sistem navigasi menerusi aplikasi BMW Motorrad Connected. Fungsi Bluetooth juga disediakan untuk telefon dan pemain muzik, selain WiFi untuk navigasi.
  • Di samping BMW Motorrad Integral ABS Pro, kedua-dua model didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu Rain, Road dan Dynamic.
  • Demi ketenangan minda pemilik, BMW menawarkan ciri keselamatan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Brek Enjin (MSR), Kawalan Penghidup Bukit Pro, dan Dynamic ESA Next Generation (dengan Pendatar Muatan Automatik) yang menjamin
    pengendalian dan dinamik tunggangan yang optimum.
  • Penunggang juga dapat memanfaatkan Bantuan Mengundur yang didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here